By: zam and ina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 24-Nov-2009 21:21 Email | Share | | Bookmark
Glenfield Hospital

Update:

Hari ini 24.11.2009 kami ke Glenfield Hospital for consultation dengan dr yg terlibat... operation dijangka minggu ini khamis(26.11.2009) atau jumaat(27.11.2009) !!!.. atau paling lewat awal minggu bulan disember.

Ya allah tergamam sebentar ... tapi ini untuk kebaikan Daniyal...

Kali ini dr klasifkasi kedaan daniyal 'tidak sesuai' dgn saturation oksigen daniyal sekitar 73 % - 76 % , dengan keaktifan daniyal sekarang pembedahan segera harus dilakukan.

Daniyal sekarang mudah penat jika terlalu aktif bermain,kesian kadang2 bila dia seronok bermain terpaksa tangkap dia dukung dia supaya dia tidak tercunggap.... dan kadang2 dia akan muntah bila terlalu letih dan kebelakang ini ia kerap berlaku....

Esok 25.11.2009 kami akan ke Leicester lagi, ujian darah akan dijalankan dan keputusan untuk bila pembedahan juga akan diketahui selepas ujian berkenaan bergantung slot yg available untuk pembedahan.. ..

Dan dr berpesan sila bawa pakaian bila datang esok .......

"..Ya Allah ... permudahkan segala urusan dan semoga semuanya selamat .." AMIN...


Wednesday, 18-Nov-2009 14:17 Email | Share | | Bookmark
penantian

masih menunggu tarikh utk operation daniyal ... berlaku pertukaran doctor. .. dimana doctor baru yang take over case daniyal akan masuk bertugas 19.11.2009 ... so kena tunggu le jwbnyer.....

mengharapkan segalanyer settle secepat mungkin..amin

---
Quote:
update: next appointment 24.11.2009 Tuesday - Glenfield Hospital Leicester @ 3.00pm


Monday, 2-Nov-2009 16:18 Email | Share | | Bookmark
Daniyal...



Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.....

"..Ya Allah ... ku bermohon semoga semuanya selamat dan tabahkan hati kami sekeluarga.." AMIN...

... berkaca mata ini .....

Daniyal akan menjalani satu pembendahan utama untuk membaiki masalah jantung yang dirancang pada akhir bulan ini, November 2009. (papa baru shj menelefon pembantu consultant) kami akan ke Glenfield pada 16.11.2009 untuk membuat ujian darah sebelum tarikh sebenar pembedahan pada akhir bulan ini.

Tiada lain yg kami pinta semoga daniyal cepat sembuh, dan ceria selepas dari pembedahan. Di jangka kami akan menjadi penghuni Glenfied untuk lebih 2 minggu jangkaan dr.

KAMI MOHON KEPADA SEMUA SAHABAT UNTUK MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DANIYAL SEMOGA SEMUA BERJALAN SEPERTI YANG DIRANCANG, DAN TABAHKAN HATI KAMI SEKELUARGA .

Pembedahan sebelum ini.

Semasa Daniyal 14 bulan
http://nizamazlina.fotopages.com/?&page=7




Semasa Daniyal 7 bulan
http://nizamazlina.fotopages.com/?&page=19






Sunday, 18-Oct-2009 21:11 Email | Share | | Bookmark
Autumn...



Sekejap sehaja musim berubah.... lepas ini winter ... lepas attend jemputan makan di rumah kwn terus ke main campus untuk gambar musim luruh...










Wednesday, 23-Sep-2009 22:05 Email | Share | | Bookmark
Aidilfitri 2009




".Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada...."

Sudah 4 kali beraya dan berpuasa di perantauan, jauh di sudut hati terasa rindu kepada keluarga di Malaysia . Insyallah moga ini harap semuanya selesai sebelum raya akan datang.
Walaupun jauh, suasana puasa dan sambutan raya tetap dirasakan disini bersama teman2 teman seperjuangan dengan bertakbir dari rumah keramah pada raya.

Mama menyediakan satay, nasi himpit, nasi minyak, ayam masak merah dan kuih2, semuanya hasil tangan mama , (kalau kat malaysia main tunjuk2 aje)


Tema tahun ini "oren"...





[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net