By: zam and ina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 29-Nov-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Day 5:



Syukur alhamdulillah.... pagi ini daniyal sudah mula bangun dari baring dan duduk serta mula mahu bermain....


Terima kasih kepada Keluarga Zulfarah, Keluarga Nazri-K.Cahaya(thanks for the toy - daniyal suka main) dan Keluarga Khairi.Mashitah yg datang melawat kami.

T


Saturday, 28-Nov-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Day 4:

Alhamdulillah hari ini chest drain daniyal di buka dimana terdapat 4 tiub dipasang sekitar jantung daniyal bertujuan untuk mengeluarkan segala cecair yg tidak diperlukan....


Daniyal meraung sekuar hati apabila tiup didada dikeluarkan satu persatu .. menurut kata nurse bertugas.. rata pesakit kanak berusia 13 thn mengatakan ianya seperti dihiris benda yg tajam..... ya allah sakitnya .. 4 kali hirisan ......


Selepas chest drain dibuka kelihatan daniyal lebih selesa untuk mengiring dan membuat tidur dgn lebih lena ...

Alhamdulillah tiada complication berlaku sehingga hari ini, suhu daniyal di ambil setiap jam bagi memantau sebarang berubahan dan tindak balas dalaman.

Daniyal masih berpuasa sudah 3 hari ... dan pada petangnya barulah daniyal dibenarkan minum susu khas ....


Friday, 27-Nov-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Day 3 : SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA… sambutan yg amat berbeza .. pada minggu sebelum mama dah rancang untuk masak di pagi hari raya tetapi kali ini berbeza ....


Seawal 6.00am kami semua sudahbersiap untuk melawat daniyal di PICU.


Daniyal bernafas sendiri tanpa bantuan mesin, dan dia telah sedar pada pukul 3.00am, daniyal kuat sepatutnya masih tidur dgn sukatan ubat yg diberikan… satu perkembangan yg baik….

Dari pukul 7.00am hingga 12pm satu persatu mesin di hentikan kerana daniyal
dah tidak memerlukan infusion dan yg paling kami gembira dia akan dipindahkan ke ward biasa……


tepat pukul 3.00pm daniyal dipindahkan ke ward biasa untuk proses seterusnya dan daniyal masih lagi berpuasa… aduhhhh kesian sungguh kami melihat setiap kali terjaga dia kan meminta ‘milk’ .. sabarlah sayang....


keadaan daniyal masih lemah .... hanya mampu membuka mata dan kembali tidur...


Thursday, 26-Nov-2009 02:03 Email | Share | | Bookmark
Day 2 :

Quote:
Hari Arafah: merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri.

... hari ini merupakan tarikh daniyal menjalani major operation ... dan pada masa yg sama daniyal juga berpuasa bersama kami ...pada subuhnya ku berdoa semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan..


Seawal 7.00am kami bersiap untuk menuju ke ward30 yg hanya 50m dari bilik tidur kami...
Baru suku perjalanan daniyal terpaksa didukung kerana ada tanda2 letih.....


Pada pukul 8.30am sejenis ubat telah diberi dan akan membuatkan daniyal khayal dan tido....
tetapi tidak pada daniyal dia tidak tido.. tetapi khayal ... sedih melihat daniyal tika ini meronta, meraung... sebab dlm khayalan... terdetik di hati kenapa tidak di bius sahaja @ ubat tido ...?

Kami bergilir mendukung daniyal .... air mata tidak dpt di sekat waktu ini .. sehingga papa di tenteramkan oleh nurse yg bertugas .......



Tepat 9.00am surgeon dari OT, datang untuk membawa daniyal masuk ... mama bersama daniyal masuk kedlam papa kena jaga damia diluar ... sayup dgr suara daniyal menangis dan lama kelamaan menjadi sayup dan akhirnya daniyal tido.........

Kami melangkah ke ward 30 bermulalah satu penantian ....




Ya allah.. penantian satu peyeksaan ….saat bertukar minit, minit bertukar jam masih tiada berita ….. tak senanag duduk tika ini.... akhirnya.. jam 6.00pm pintu bilik kami diketuk dan daniyal telah dipindahkan ke PICU … bergegas kami bergerak …





Sampai sahaja… kami tergamam melihat wayar berselirat dan bermacam mesin yg
digunakan untuk membantu pernafasan daniyal… kali ini air mata kami kering
hanya tergamam…….

Melihat bacaan pada mesin saturation 100% kami tersenyum, alhamdulilah.. dr
tersenyum dan berkata semmuanya seperti yg dirancang hanya melihat
tindakbalas badan dan daniyal perlu sembuh seperti sedia kala.

Malam itu daniyal ditempatkan di PICU dan masih ditidurkan bagi melegakan
sakit setelah melalui satu tempoh pembedahan yg hampir 8 jam….. daniyal
dikawal rapi setiap bacaan di catit…

Dalam keadaan letih kami kembali kebilik untuk menanti hari esok.



Wednesday, 25-Nov-2009 22:41 Email | Share | | Bookmark
Day 1:

@ Glenfield untuk menjalani beberapa ujian yg diperlukan sebelum pembedahan hari esok. yup tarikh dan waktu telah dipastikan Daniyal merupakan pesakit pertama yg akan masuk theater esok dan dijangka mengambil masa 4-6 jam. ......

Setelah darah diambil daniyal tido keletihan, kami juga didatangi beberapa dr yg terlibat berkenaan procedure yg akan terlibat....



Kali ini apabila saturation di ambil bacaan adalah 89% !!!! selama ini hanya sekitar 73% - 76% ,
walaubagaimanapun ianya masa rendah dan status daniyal admitted due to low saturation daniyal merupakan list yg pertama akan masuk OT,



Berada dibilik yg disediakan untuk ibibapa

Susu terakhir adalah 3.00am dan sebarang air 5.00am dan selepas itu daniyal kena berpuasa... hingga diberitahu....

hari esok adalah Hari Arafah-9 Zulhijjah .. kami berniat untuk berpuasa esok dan daniyal juga berpuasa..


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net