By: zam and ina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 10-Jan-2010 01:00 Email | Share | | Bookmark
let it snow ....

Tahun UK atau Nottingham dilanda salji lebih kerap dan lebat ... setelah weekday tak dapt berbuat apa2 kerana sibuk dengan kerja dan sekolah pada hari sabtu kami keluar untuk bermain snow.....











waktu daniyal tengah tidur so damia dapat le bermain dengan mama ....










dah bangun.....






Lastly damia melayan daniyal sebab bukitnya landai.. dan daniyal sleg solo... seronok sgt sampai taknak balik....


Saturday, 2-Jan-2010 22:36 Email | Share | | Bookmark
Selamat Tahun Baru 2010 ...

Tahun 2010 menjelma, merupakan tahun ke-3 berada di UK. Tahun 2009 berlabuh meninggalkan seribu satu cerita ... yg pasti tersemat didalam ingatan. dan mengharapkan tahun terakhir berada di UK.



Sudah sebulan dari pembedahan jantung daniyal dijalankan, daniyal semakin aktif dan sihat.. Alhamdulillah... 24.01.2010 nanti genap usianya 2thn, Jelas kelihatan parut didadanya, hampir sejengkal panjang bukaannya.






Wednesday, 23-Dec-2009 23:52 Email | Share | | Bookmark
snowing...




Tahun ini salji turun awal sebelum christmas, so kami pun ambil kesempatan untuk bermain sledging di Wallaton Park..








Monday, 21-Dec-2009 00:46 Email | Share | | Bookmark
Bermalam di QMC


Quote:
tak sabar nak main.. beli tahun lepas ...


Pada hari isnin yg lepas, daniyal ditahan di Queen Medical Center 2 hari 1 malam, kerana demam dan suhu bdn daniyal turun naik. Oleh kerana daniyal baru shj menjalani pembedahan jantung kami harus berjaga2 jika dia demam. Pada ptgnya kami hanya ada appointment dgn GP dan setelah pemeriksaan dibuat GP tidak berpuashati dgn daniyal dan mengarahkan kami ke emergency di QMC untuk dibuat pemeriksaan lanjut. Jam sudah pukul 6.30pm tanpa persiapan apa2 termasuk susu daniyal kami segera ke QMC, pada masa itu suhu bdn daniyal >40' dan segera diberi ubat untuk melegakan dan mengurang panas bdn. Segala pakaian dibuka dan dibiarkan sehingga suhu turun....

Kami dimaklumkan bahawa daniyal terpaksa ditahan kerana takut sebarang jangkitan berlaku dan beberapa ujian akan dilakukan.



So papa kena balik ambik segala pakaiaan dan susu dan terima kasih K.Cahaya kerana menumpang damia tido pada mlm itu utk dia kesekolah esoknnya ... Dgn segera papa kembali ke QMC dan alhamdulillah suhu daniyal telah turun dan kami dipindahkan ke ward kanak kanak E37. dan ditempatkan di dalam cubical sungguh privasi hanya daniyal. Mama disediakan katil untuk menjaga daniyal. Papa balik kerumah dalam pukul 2.00am selepas Dr bertugas melawat daniyal.



dan esoknya pagi papa dah pergi ke QMC, Alhamdulillah malam itu suhu daniyal stabil. Pagi itu beberapa sampel diambil untuk diuji.. dan seharian kami menunggu keputusan. Pada sebelah ptg papa menghadirkan diri untuk melihat kakak kerana membuat persembahan.



Kami kembali semula ke QMC, untuk menunggu keputusan makmal, Alhamdulillah keputusan telah diterima dan ianya hanya virus biasa, tiada apa yg perlu dirisaukan... Selepas dr berpuasahati dgn daniyal kami dibenarkan balik ptg itu juga dalam pukul 6.30pm.







Sejak jumaat salji telah turun dan daniyal dan kakak gumbira bermain didepan rumah...


Friday, 11-Dec-2009 18:37 Email | Share | | Bookmark
outing with daniyal @ jubliee

Semenjak kerja separuh hari, byk masa papa spend ngan daniyal sebelum ambil kakak. Byk la xtvt yg kami buat lepas hantar mama dalam pukul 1.00pm biasa pergi windows-shopping tapi kali kami pergi outing di jubilee dkt opis papa...

masa umur 1 thn 2 bln, di tempat yg sama



sekarang ... daniyal hampir 2 thn pada 24.01.2010






gembira bila tgk daniyal bermain .....

".....Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya...

terbaca bait lirik diatas teringat pembedahan yg daniyal hadapi minggu lepas... sekejap sahaja masa berlalu .. Syukur... allhamdulillah ..






[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net